INFO MENGENAI BARANGAN KEGUNAAN ANDA

HILANGKAN HABUK PADA BUNGA HIASAN  


- Bunga hiasan yang telah dipamerkan pasti akan berhabuk . Untuk menghilangkan habuk atau sawang , anda hanya perlu menyediakan dua atau tiga sudu garam halus yang dimasukkan ke dalam plastik bersama-sama bunga dan goncangkan beberapa kali supaya habuknya jatuh . Kemudian cucilah dengan air yang bersih .

BERSIHKAN LANTAI DENGAN BAHAN SEMULAJADI


- Hampas kelapa dan cuka masak memang banyak kegunaan termasuklah menambah seri kediaman anda . Lantai mozek , parket atau simen yang kotor dan berlumut boleh dibersihkan dengan campuran hampas kelapa dan cuka masak . Dengan menggunakan berus sabut , gosokkan campuran tadi ke lantai yang hendak dibersihkan . Anda tentu berpuas hati melihat hasilnya, bukan sahaja bersih , lantai akan lebih berkilat .


SODA BIKARBONAT BERSIHKAN TERMOS 


- Bahagian dalam termos atau ruang hampagas memang sukar dibersihkan dan sering mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan . Cara yang terbaik untuk membersihkannya ialah dengan campuran air dan soda bikarbonat (serbuk penaik) . Campurkan air dan soda bikarbonat, tuangkan ke dalam termos dan goncangkan beberapa kali . Kemudian, bilaslah dengan air suam . Bagi mengelakkan muncungnya dari berkulat, pastikan anda menyimpannya di tempat terbuka .


MENGILATKAN BARANGAN TEMBAGA 


- Bagi mengilatkan barang tembaga yang sudah pudar kilatannya, anda hanya perlukan segengam garam dan sekepal asam jawa . Gaul garam dan asam jawa dengan sedikit air dengan lumurkan pada barang tembaga yang hendak dikilatkan . Biarkan sebentar , kemudian jiruskan dengan air bagi meninggalkan bahan lumuran dan bilas sekali lagi . Lapkan dengan kain bersih yang lembut .


KEGUNAAN SYILING SATU SEN 


- Pada lazimnya , permaidani yang sudah lama akan tenggelam kerana sering dipijak . Bagi mengembalikan semula keadaan asalnya , anda hanya perlukan syiling satu sen . Caranya mudah sahaja , larikkan syiling satu sen ke atas permukaan yang tenggelam . Lakukan berulang kali , pasti permukaan tenggelam akan timbul .


KURANGKAN KESAN CALAR PERABOT


 - Perabot jati memang kukuh tetapi jika terkena benda tajam , pasti akan tercalar . Bagi mengurangkan kesan calar , anda boleh calitkan sedikit kiwi kasut berwarna coklat atau hitam pada hujung kain dan gosokkan perlahan-lahan di bahagian yang tercalar tersebut .


* sekadar berkongsi di FAILKESIHATAN ini ~















No comments:

Post a Comment