APA PUNCANYA SUSAH NAK KURUS ?

Ayat macam nie la yang selalu orang tanya bila rasa dah give up nak kurus . Mungkin sesiapa yang dah cuba pelbagai cara nak kurus , kecewa dengan hasil y agak tak memuaskan . Mana tak nye , badan still 42' 34' 48 . Fuhh ! memang penat , lagi-lagi nak cari saiz pakaian . Then mula la rasa tak confident dengan diri sendiri . oopss ! jangan putus asa . Masih ada sebab kenapa korang tak boleh nak turunkan berat badan . 

Menurut American Journal of Clinical Nutrition , kesalahan terbesar bagi sesiapa yang menjalani program menurunkan berat badan adalah mengira kalori yang salah . Kesalahan ini terjadi kerana kebanyakan mereka terpukau dengan bentuk makanan yang hendak diambil .

PUNCA MENGAPA ANDA SUKAR UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN 

  • MAKAN LEWAT MALAM
Seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan lebih mendapat banyak kalori dan indeks massa tubuh yang tinggi . Tapi tidak salah untuk korang makan selepas jam lapan malam , cume kurangkan kuantiti makanan dan pilihlah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah . 

  • MINUM KOPI SUSU
Minum kopi tidak lah menjadi kesalahan bagi sesiapa yang mengamalkan diet , malah kopi baik untuk kesihatan . Contohnya , kopi dapat membakar lemak ketika bersenam itupun sekiranya menggunakan gula perang bersamanya . Namun jika susu dicampur bersama seperti cappucino dan caffe latte , maka ia tidak memberi apa-apa manfaat . Malah ia akan menambahkan kandungan gula dan kalori dalam badan . Jadi amalkanlah minum kopi tanpa susu =)

  • BERKAWAN DENGAN ORANG YANG SAMA BERAT

Seseorang berisiko menjadi obesiti apabila mereka turut berkawan dengan seseorang yang mengalami obesiti . Itu tak bermaksud untuk menghalang atau melarang korang berkawan dengan sesiapapun. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan menyebabkan korang akan terpengaruh sekali . So, untuk mengelakkan korang kehilangan kawan dan berat badan yang makin naik , maka korang harus mengajak kawan untuk melakukan senaman bersama dan mengelakkan makan makanan yang berkalori tinggi . Cara ini mungkin akan merapatkan lagi hubungan sahabat dan badan korang yang makin cantik !

  • TERLALU BANYAK MENONTON TELEVISYEN
Ketika menonton televisyen , badan kita akan terpaku dihadapan televisyen . Lebih-lebih lagi kalau ada snek-snek yang menarik perhatian . Jadi , menurut kajian seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan dan kurang menonton televisyen boleh membuatkan berat badan turun lebih kurang 50% atau 5.4kg dalam setahun .

  • KURANG TIDUR 
Tidur kurang dari 5 jam sehari pada waktu malam boleh mempengaruhi minda korang sekaligus bertanggungjawab untuk mengawal keinginan untuk makan . Semakin sedikit waktu tidur korang maka semakin banyak makanan yang akan diaambil . Jadi , tidur yang secukupnya untuk memperbaiki organisme badan .


  • MAKAN TERLALU CEPAT
Kunyah dengan perlahan boleh memberi masa sekurang-kurangnya 20 minit bagi perut untuk mendapat isyarat dari otak bahawa korang sudah kenyang . Juga makan secara perlahan-lahan akan mengambil sedikit kalori setiap kali makan .

  • MAKAN DALAM PINGGAN YANG BERSAIZ BESAR
Pinggan yang lebih besar menyebabkan banyak makanan yang akan dimakan serta kalori dan lemak makanan akan bertmbah di dalam badan . Pinggan akan yng kecil akan berilusi terhadap diri korang bahawa makanan yang diambil sudah banyak , maka tukarlah style korang dengan makan dalam pinggan kecil pula !


  • MALAS BERSENAM 
Badan akan lebih cepat berisi jika kurang melakukan senaman . Walaupun korang sedaya upaya melakukan diet , tapi korang mungkin tak dapat kecilkan bahagian pinggang kerana kurang melakukan senaman . Oleh itu , rancang rutin senaman dan memotivasikan diri agar tidak malas demi mencapai targat ..

  • MINUMAN SODA 
Soda adalah minuman yang mengandungi banyak kalori dan gula . Satu gelas kecil mengandungi 65kalori . Namun minuman soda tidak mengenyangkan! Walaupun mengambil ekstra kalori dalam minuman soda tetapi korang masih mempunyai keinginan untuk mengmbil makanan dalam jumlah yang banyak . Dengan pengambilan satu atau dua gelas soda sehari boleh meningkatkan berat badan sebanyak 30% .

  • KURANG MINUM AIR PUTIH 
Dalam kajian menunjukkan , seseorang yang menjalani diet dengan minum 2 gelas air putih sehari boleh membuatkan berat badannya berkurang sebanyak 30% berbanding mereka yang tidak minum . Air putih juga dikatakan cepat melansingkan badan kerana memberi kesan kenyang pada perut .

  • MEMESAN MAKANAN COMBO 
Menu combo di restoran biasa nya lebih baik berbanding menu ala carte , kerana pelbagai menu tambahan yang disediakan  . Tetapi , menu combo membuatkan pengambilan makanan yang berlebihan serta lemak dan kalori dalam badan bertambah . Namun korang semestinya tidak mahu membazir  dan akan mengahabiskan semua makanan . Oleh itu , pengambilan menu ala carte adalah yang terbaik kerana hidangan yang lebih sedikit .


  • MAKAN DENGAN POTONGAN YANG BESAR 
Makan dengan potongan yang besar dan makan dengan cepat boleh menambahkan kalori sebanyak 50% berbanding mereka yang makan dalam potongan yang kecil dan makan dengan perlahan . Semakin kecil potongan makanan , maka berkemungkinan berat badan akan menurun .




No comments:

Post a Comment