INFO MENGENAI BARANGAN KEGUNAAN ANDA

HILANGKAN HABUK PADA BUNGA HIASAN  


- Bunga hiasan yang telah dipamerkan pasti akan berhabuk . Untuk menghilangkan habuk atau sawang , anda hanya perlu menyediakan dua atau tiga sudu garam halus yang dimasukkan ke dalam plastik bersama-sama bunga dan goncangkan beberapa kali supaya habuknya jatuh . Kemudian cucilah dengan air yang bersih .

BERSIHKAN LANTAI DENGAN BAHAN SEMULAJADI


- Hampas kelapa dan cuka masak memang banyak kegunaan termasuklah menambah seri kediaman anda . Lantai mozek , parket atau simen yang kotor dan berlumut boleh dibersihkan dengan campuran hampas kelapa dan cuka masak . Dengan menggunakan berus sabut , gosokkan campuran tadi ke lantai yang hendak dibersihkan . Anda tentu berpuas hati melihat hasilnya, bukan sahaja bersih , lantai akan lebih berkilat .


SODA BIKARBONAT BERSIHKAN TERMOS 


- Bahagian dalam termos atau ruang hampagas memang sukar dibersihkan dan sering mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan . Cara yang terbaik untuk membersihkannya ialah dengan campuran air dan soda bikarbonat (serbuk penaik) . Campurkan air dan soda bikarbonat, tuangkan ke dalam termos dan goncangkan beberapa kali . Kemudian, bilaslah dengan air suam . Bagi mengelakkan muncungnya dari berkulat, pastikan anda menyimpannya di tempat terbuka .


MENGILATKAN BARANGAN TEMBAGA 


- Bagi mengilatkan barang tembaga yang sudah pudar kilatannya, anda hanya perlukan segengam garam dan sekepal asam jawa . Gaul garam dan asam jawa dengan sedikit air dengan lumurkan pada barang tembaga yang hendak dikilatkan . Biarkan sebentar , kemudian jiruskan dengan air bagi meninggalkan bahan lumuran dan bilas sekali lagi . Lapkan dengan kain bersih yang lembut .


KEGUNAAN SYILING SATU SEN 


- Pada lazimnya , permaidani yang sudah lama akan tenggelam kerana sering dipijak . Bagi mengembalikan semula keadaan asalnya , anda hanya perlukan syiling satu sen . Caranya mudah sahaja , larikkan syiling satu sen ke atas permukaan yang tenggelam . Lakukan berulang kali , pasti permukaan tenggelam akan timbul .


KURANGKAN KESAN CALAR PERABOT


 - Perabot jati memang kukuh tetapi jika terkena benda tajam , pasti akan tercalar . Bagi mengurangkan kesan calar , anda boleh calitkan sedikit kiwi kasut berwarna coklat atau hitam pada hujung kain dan gosokkan perlahan-lahan di bahagian yang tercalar tersebut .


* sekadar berkongsi di FAILKESIHATAN ini ~















KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN SEGERA


Faktor utama yang menyumbang masalah berat badan berlebihan dan kegemukkan ialah corak pemakanan masyarakat kini yang beralih kepada makanan segera dan ini juga sekaligus meningkatkan masalah penyakit berkaitan pemakanan seperti penyakit jantung dan kencing manis. Jika corak pemakanan tidak sihat terus diamalkan oleh penduduk di negara ini, masalah berat badan berlebihan dan kegemukkan dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang. Pengambilan protien, karbohidrat dan kalori daripada sumber daging meningkat kolestrol dalam darah sekaligus mendedah pengguna kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, kurangkanlah pengambilan makanan segera sebagai menu utama pemakanan anda .

KULIT DAN EMBRIO KACANG SOYA MELAMBATKAN PENYEMBUHAN

Tahukah anda bahawa kebanyakan minuman kacang soya sebenarnya tidak begitu sesuai untuk kesihatan? Terutamanya bagi mereka yang kurang sihat, doktor tidak mengesyorkan minuman ini. Kulit dan embrio kacang soya tidak sesuai dimakan. Bagi mereka yang sakit, pengambilan minuman kacang soya yang tidak diasingkan kulit dan embrio, akan melambatkan badan daripada sembuh. Sebaliknya, setelah ditanggalkan kulit dan embrio, isi kacang soya yang tinggal adalah amat berkhasiat dan sesuai dimakan, walaupun bagi mereka yang kurang sihat. Setelah embrio dan kulit kacang soya ditanggalkan, 45% daripadanya adalah sangat berkhasiat dimakan. Baki 55% lagi sebenarnya adalah toksik dan tidak sihat untuk kesihatan. 

LIMAU "MEMATIKAN" KUASA UBAT

Berita dari Melbourne : Mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu tidak digalakkan mengambil buah limau atau meminum jusnya kerana ia boleh membawa kesan sampingan yang serius. Jabatan Kesihatan Negeri New South Wales mengeluarkan amaran bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan untuk darah tinggi, artritis, psoriasis, pemindahan organ, HIV/AIDS dan sawan babi mengenai bahaya yang ditimbulkan oleh buah itu. Kesan sampingan tidak selalu timbul, tetapi masalah yang mungkin berlaku termasuk gangguan dalam nada denyutan jantung, fungsi ginjal terjejas, perubahan dalam tekanan darah dan anaemia.

BAYAR HUTANG TIDUR

Jika anda sering berjaga hingga lewat pagi, jangan lupa melunaskan keperluan tidur anda pada hujung minggu. Masalah kekurangan tidur dapat meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit. Penyakit seperti penyakit jantung, diabetes tahap 2, dan peningkatan selera makan juga boleh berlaku. Demikian menurut kajian yang dilakukan oleh Medical Research di New South Wales, Australia. Selain itu, masalah kurang tidur juga boleh menyebabkan hubungan sosial menjadi hambar dan seterusnya memberi kesan terhadap produktiviti kerja. 

ZAT BESI DAPAT MENURUNKAN RISIKO DISERANG KANSER RAHIM

Penyakit kanser rahim paling ditakuti oleh golongan wanita. Ia boleh terjadi kerana kemunculan endometriosis (penyakit yang muncul di dalam rahim). Kuumpulan dari Johnson Medical Institute of New Jersey, menemui zat besi yang dapat menurunkan risiko diserang kanser rahim sehingga 29 peratus. Setiap 5gram zat besi per 100 kalori, dihubungkan dengan turunnya risiko kanser rahim sehingga 18 peratus. Ini kerana zat besi dapat mengawal estrogen (hormon seks yang umumnya diproduksi oleh rahim wanita) dalam tubuh, terutamanya dikalangan wanita menopaus. Jadi, makanlah makanan yang mengandungi zat besi seperti sayuran hijau, daging merah dan hati ayam. 

DIET TANPA DIET !

TIP YANG BERGUNA UNTUK ANDA YANG INGIN MELAKUKAN DIET TANPA DIET =)
  • Air gula boleh diminum, asalkan anda minumnya perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit untuk memutuskan rasa ketagihan manis tersebut. Sebaik-baiknya, secawan gula diminum dalam tempoh waktu 30 minit untuk meminimumkan beban pankreas yang mengeluarkan insulin dan meminimumkan perubahan gula darah.
  • Penghidap penyakit diabetes sebaiknya mengambil minyak tanpa rasa. Bagaimanapun, air gula dapat mempengaruhi kadar gula dalam darah. 
  • Dapatkan nasihat daripada doktor seberapa banyak air gula yang anda minum dalam sehari.
  • Selain gula dan minyak tanpa rasa, anda juga boleh mengambil makanan dengan rasa yang hambar, atau rasa yang belum dikenali oleh anda. Rasa baru yang tidak dikenali oleh lidah anda akan membuat pusat kenyang mendominasi pusat lapar.